Wednesday, 2 July 2014

Guru-guru SKKT Masih Dalam Memori

 Inilah wajah-wajah guru yang masih segar dalam ingatan warga SKKT.

 
Puan Lina Mangi

 Ustazah Hidayah


Puan Salina

Ustaz Annas

(Semoga Masih Segar Dalam Ingatan)

updated 2/7/2014


Saturday, 26 April 2014

SK Keluru Tengah

SK Keluru Tengah..

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Alamat Surat Menyurat Sekolah-
SK Keluru Tengah
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Subis
98150 Bekenu,
Miri Sarawak.
email rasmi- skkelurutengah@yahoo.com.my
email- sk.kelurutengah@gmail.com 









Nama sekolah: Sekolah Kebangsan Keluru Tengah
Alamat Sekolah: SK Keluru Tengah, 98150 Bekenu.
Kod Sekolah: YBA 4417
Gred Sekolah: Gred B
Tarikh Penubuhan: 1981

Jumlah Kelas: 6 Kelas

Nama Guru Besar: Pn Sapiah Hj Jumat

Sejarah Sekolah:
Nama Asal bagi sekolah Kampung Keluru ini ialah Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Keluru Tengah. Kemudian nama tersebut di tukarkan kepada Sek. Keb. Kpg Keluru Tengah berikutan penyelarasan nama bagi sekolah rendah di seluruh Malaysia. Setelah itu namanya di pendekkan menjadi sebagai Sekolah Kebangsaan Keluru Tengah.

Nama “Keluru” bagi sekolah ini diberi berikutan sekolah ini dibina di Kampung Keluru manakala “Tengah adalah merujuk kepada kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara tiga-tiga buah kampung iaitu Kampung Keluru Jaya, Kampung Keluru Tengah dan Kampung Kejapil. Kewujudan sekolah ini telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk kampung khususnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan selamat dan mudah walaupun kemudahan jalan perhububungan pada masa itu kurang memuaskan.
Sekolah Kebangsaan Keluru Tengah telah ditubuhkan pada awal tahun 1981. Ia ditubuhkan dengan lerjasama penduduk kampung dari tiga buah kampung tersebut cara bergotong-royong. Antara pengasas penubuhan sekolah ini ialah En Sabak b haji Isa, Tuan Haji Us b Haji Talib, En Mohd Bakar b Ibrahim dan Tn Hj Ambar b Hj Amid yang membenarkan untuk mendirikan sekolah ini di atas tanah miliknya. Namun kini telah menjadi milik kerajaan.

Guru Besar pertama yang menerajui kepimpinan sekolah ini ialah Tn Hj Abidin bin Deris (1981- 1993), disusuli oleh Cik Rohayu binti Dali (1993), kemudian Tn Hj Rapaee b Hj Saat(1994-1998), seterusnya En Mohd Nor b Borhan (1998-2003) kemudian disambung oleh En. Wan Muhamad b Wan Omar bermula tahun 2004 hingga awal 2011dan kini Puan Sapiah bt Jumat bersama-sama 15 orang guru dan 2 orang pembantu tadbir.

Pada awal penubuhan, sekolah ini hanya   mempunyai beberapa kelas sahaja yang dibahagikan kepada 2 kerana bilangan muridnya yang sedikit. Kemudian bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun menyebabkan sekolah ini tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Maka pada tahun 2003, pihak kerajaan telah menambah lagi bangunan bagi menampung penambahan tersebut dan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Pada tahun 2006, bahagian bawah bangunan sekolah telah siap dibina untuk dijadikan kelas PraSekolah. Kini SKKT mempunyai 6 buah kelas dan sebuah kelas pra sekolah.

Berikut adalah sedikit mengenai latar belakang sebuah sekolah yang terkenal di kawasan Bekenu. Sebuah sekolah yang cantik bertempat di kawasan luar bandar, 1 blog bangunan 2 tingkat. Bahagian atasnya terdapat beberapa buah kelas dan bahagian bawahnya terdapat bilik guru, bilik GB dsb. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan serbaguna. Jangan bimbang, sekolah ini bukan sekolah pedalaman 1 ataupun 2, jalan tar yang bagus terbentang di hadapan pintu sekolah.

Akhlak murid dan hubungan antara guru adalah suatu yang dibanggakan di sekolah ini. Saling hormat menghormati dan faham memahami dan sentiasa menurut perintah. Murid-murid di sini bersemangat untuk belajar bahkan meraka terus memanggil guru matapelajaran seterusnya sejurus guru yang mengajar telah tamat waktunya.

Tujuan website blogspot sekolah ini diwujudkan adalah kerana memenuhi program sarana ibu bapa dan sarana sekolah. Bukan seperti tujuan artikel ini yang telah diterbitkan oleh seorang guru sebelum ini untuk memperkenalkan sekolah ini kepada guru yang akan ditempatkan di sekolah ini. Blogspot ini diwujudkan adalah lebih meluas daripada itu. In Shaa Allah blogspot ini akan memaparkan sebarang maklumat mengenai program disekolah ini kepada ibu bapa murid-murid sekolah ini dan bagi pelawat blogspot ini. Jadi, kami akan mengemaskini blogspot ini setelah program dijalankan..

Sekian terima kasih.


PageFacebook: https://www.facebook.com/pages/SK-Keluru-Tengah/598819613507395?ref=br_tf
Gambar baru 2013

dikemaskini pada 4/5/2014